Sabtu, 12 September 2009

Sabtu, 5 September 2009

aku masih belum berhenti

Salam Kasih,
Lamanya nur xupdated blog..rasa cukup senyapkan diri..hidup nur masih dalam posisi berjuang..kadang masih tersungkur sbb jalan yg bertatih2 ini, masih memenatkan..Persiapan untuk raya, Alhamdulillah baju raya dah tempah, kuih untuk rumah mak dah tersedia..n good news kandungan kak siti dah cecah 5bln n memang betul dia sedang pregnant anak kembar..My brother dapat kerja mengajar di IKBN, ayah beli kete baru..N masih belum ade berita gembira yang saya sudah berpunya..

Khamis, 20 Ogos 2009

Salam Kasih,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

p/s:please maafkan saya sekiranya berlaku keterlanjuran kata2, ketergopohan perlakuan..semoga kita semua selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yg diberkati di dalam redha Ilahi..Salam sayang dari SITI NUR LILY FAHIDA BT BARAHIM.

Rabu, 19 Ogos 2009

sakit...sakit..



Salam kasih,

Aku rasa pedih hati aku..tapi mungkin keterbiasaan terluka,hati aku jadi tegar, dan jangan terkejut hati aku sekeras batu kini, aku xperlukan siapa, maaf kepada "dia"..aku xbisa menjadi permaisuri kamu, maafkan aku, aku belum bersedia menjadi tunangan kamu..andainya "dia" baca bingkisan hati aku, maafkan aku, hubungan kita terlalu muda..Aku tahu, kau menyayangi aku..Tapi hati aku xtertulis untuk kamu..Hati aku milik dia, insan yang xtahu kapan akan ketemu, tapi hati aku hanya dia..Semalam terjaga aku disebabka, terasa perit bibir aku, kering, demam yang agak panas, nafas yang xtelus, aku terasa aku perlu istikharah, mahu terima lamaran kamu @ x..maaf aku aku xpasti tapi aku bukan melihat kamu, aku nampak lelaki yg xjelas wajahnya..Maaf aku tau agak terlewat, memberi jawapan ini, selepas aku n kamu bertemu family kamu, ibu kamu bersungguh utk kita bertunangan..maaf aku bukan untuk kamu..aku xpantas menjadi umi untuk anak2 kamu..tapi ketahui lah hujung minggu lalu, aku terasa aku pura2 bahagia..mahu aku katakan aku mahu kau segera hantar aku pulang tapi aku takut kamu terluka..Ya Allah andai kamu ciptakan dia untuk aku, seribu tahun pasti akan bertemu, tapi kalau bukan temukan dia dengan isteri yg solehah..Ya Allah, andai ini satu lagi dugaan untuk menguji aku, aku redha, aku xkan putus menanti dia.. tapi aku xrasa kau akan baca nukilan ini, sbb kamu sendiri xtau kewujudan blog ini..aku xmahu cinta lepas kawen, sbb aku takut..

Isnin, 10 Ogos 2009

Andai itu suratan kita.

Entry ini untuk insan yg istimewa utk aku, terima kasih menjadi kawan untuk aku, terima kasih kerana masih meletakkan aku dalam kamus hidup kamu,biarpun kita hanya teman biasa,tapi aku rasa bahagia sekali..ruang untuk aku dan kamu di pisahkan oleh jarak, aku dan kamu dipisahkan oleh jarak, tapi aku dapat rasakan kehangatan kamu..Ketahuilah jika mereka yang lain, tidak tahu menghargai kamu, aku masih utuh di sini bersama kamu..

Aku rindukan tawa kamu, biarpun aku dan kamu berbeza, aku kasar sedangkan kamu lemah lembut, tapi aku rasa kita punya rasa cinta yang sama..kita punya sifat yang sama, mungkin ini yang menjadikan aku semakin memahami kamu..

Aku sedikit kecewa, terlalu banyak pengkhabaran yang kurang enak untuk aku hari ini, tapi khabar diri kamu akan pergi jauh meninggalkan bumi malaysia,khabar yang betul2 menyentak jantung sanubariku..ku bisikkan pada angin, aku belum puas mengenali kamu..kamu istimewa untuk aku..ku bisikkan pada angin sampaikan salam rindu aku untuk kamu..

Teman,
Andai kita akan terpisah oleh lautan yang luas, gunung yg bergunung ganang, hutan yang menebal, kau tetap berada di sini, di dalam ingatan ku, di dalam hati ku..kasih n sayang aku masih segar merah untuk kamu..Aku tadahkan tangan aku, ku pohon semoga tuhan memakbulkan permintaan kamu..

Jangan risau,
Aku tetap aku, macam mana jua keadaan aku, diri ini masih punya hati yg sama, yang satu dlm berjuta..Mungkin ketika kamu pulang, aku bukan berada di posisi yang sama, mungkin aku jua seperti kamu sedang berjuang untuk kehidupan..doakan aku temanku..Moga kita sama2 mngecap impian..Salam kasih untuk kamu...???

boring bila dengar @tengok..

Ni post kedua aku hari isnin..

Aku dah bosan bila dengar dari mana or tgk org ym or chat dgn kita "dari mana tu?""dekat mana tu"..Ketahui lah aku dah semakin muak dengan soalan2 sebegitu, aku sudah mula bosan untuk kenal dgn orang bermula dari itu.. Maaf buat masa ini, aku rasa aku xperlukan kenalan baru, kerana terasa diri aku xdiperlukan oleh sesiapa..Aku sendiri perlu mengenali diri aku, keinginan aku..Tiada lagi ruang tambahan untuk jejaka2 yang baru nak berkenalan dgn aku, kerana aku sudah muak dengan diri kalian..buat masa ini, aku perlu bersendiri, aku cuma perlukan sahabat2 teman yang sudah mengenali aku @ sedang mengenali aku..Maaf mungkin aku sudah terbiasa terluka dgn sifat2 teman2 baru menjadikan aku menghindari untuk mengenali orang baru..Buat masa ini, ruang itu hanya utk seseorang..bila akan di isi..biar tuhan tentukan..

Marriage Proposal



Salam Kasih,

"Satu hari, mungkin pagi ke ptg ke mlm ke, tiba2 anda menerima lamaran dari seseorang yang anda dambakan, apa pandangan anda??" Kat sini saya nak bagi tips untuk anda sang lelaki, cara-cara nak lamar seorang perempuan, how to propose ur girl friend..

Bayangkan jika hubungan anda adalah hubungan cinta PJJ..Percintaan Jarak Jauh..Macam mana nak melamar ni...Hehe..sebenarnya kalau anda rasa diri anda benar2 ikhlas terhadap dia, xperlu risau, lamaran melalui sms or call pun dah ok..dia pasti rasa bahagia biar pun lamaran anda sebegitu rupa..sebenarnya kami kaum perempuan tak la kisah sangat mcm mana cara anda melamar..semuanya akan menjadi kenangan terindah buat si dia..kerana dia menerima anda seadanya diri anda.


Apa kata anda buat kejutan untuk si dia..Jangan bagi tau anda ingin datang, tapi make sure dia x kemana pada hari tersebut. Buat la apa2 alasan, kebetulan lalu ke ape ke..xkan itupun nak saya ajar..hehehe..Datang rumah dia dan memadai membawa sejambak bunga(lagi best kalau ada cincin tapi mati lah kalau cincin anda beli xmuat, yela saiz dia besar gajah anda beli cincin saiz semut, mana nak muat.), ajak dia keluar makan ke apa ke, bawak ke tempat yg agak romantik. Dan mulakan lamaran anda..Sweet kan??Kalau dia terkedu, tertunduk malu, jangan gelabah..biasalah gadis melayu mesti ada sifat malu..Kalau dia tertunduk malu sambil tersenyum, comfirm la dia setuju..

Ok lah xbanyak pun tips..tapi insya'Allah betul apa yang saya katakan saya seorang perempuan, pasti jiwa saya sama dengan dia..ok Salam bertemu lagi..

Khamis, 6 Ogos 2009

PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat
sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi Kor Agama Angkatan
Tentera (KAGAT), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

SYARAT KELAYAKAN
1. Umur (Pada 1 Dec 2009):
a. Calon Graduan Senarai Tugas Am : Tidak melebihi 27 tahun.
b. Calon Graduan Senarai Tugas Ikhtisas : Tidak melebihi 30 tahun.
2. Fizikal:
a. Tinggi minimum: 1.57m (Lelaki)/ 1.47m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 40.5 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 17.9 hingga 26.9.
3. Jantina:
a. Lelaki. Untuk semua jawatan dalam Senarai Tugas Am dan Senarai Tugas Ikhtisas.
b. Wanita. Untuk jawatan Senarai Tugas Am dan Senarai Tugas Ikhtisas.
(1) Calon-calon Senarai Tugas Am terhad kepada yang berkelayakan di bawah:
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
- Diploma Sains Komputer.
- Diploma Kejuteraan Elektrikal/Elektronik.
- Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat.
- Diploma Pengurusan Sumber Manusia.
(2) Calon-calon Senarai Tugas Ikhtisas terhad kepada yang berkelayakan Ijazah Sarjana
Muda (Kepujian) Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin sahaja.
4. Taraf Kesihatan: Bagi mereka yang berkaca mata, keupayaan maksimum penglihatan tanpa kaca
mata ialah 6/12. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai
Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kerja TATADEMOT (DKT) : ’Forward Everywhere’ (FE).
5. Kelayakan Akademik:
a. S yarat Am : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam
jurusan yang berkaitan. Calon-calon juga perlu lulus SPM /SPMV atau kelayakan setaraf
dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan), Matematik dan Bahasa Inggeris.
b. Jurusan yang diperlukan (TLDM dan TUDM sahaja) :
(1) Senarai Tugas Am.
(a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang berikut:
- Sains Komputer
- Kejuteraan Elektrikal
- Kejuteraan Elektronik
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Sumber Manusia
- Kejuteraan Kimia
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Logistik
- Perakauanan
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal
- Perhubungan Awam/Multimedia
- Pengurusan Perkhidmatan Makanan/Hotel
- Undang-Undang
- Senibina
- Senibina Kapal
- Kejuteraan Merin
(b) Diploma dalam bidang-bidang berikut:
- Sains Komputer
- Kejuteraan Elektrikal
- Kejuteraan Elektronik
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Sumber Manusia
(2) Tugas Ikhtisas/Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) dalam bidang - Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin.
6. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah atau Diploma
dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan
salinan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA - www.jpa.gov.my

Permohonan boleh dibuat dengan malayari terus melalui laman web: www.jobsmalaysia.gov.my.
atau
Permohonan boleh dibuat adalah dengan menghantar salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Salinan Ijazah/Diploma.
b. Salinan Sijil SPM atau setaraf.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Kad Pengenalan.
e. Salinan Sijil Kokurikulum. (tertinggi sahaja).
f. Salinan Pengesahan Pengikhtirafan JPA (sekiranya berkaitan).
g. Profil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Talipon Terkini.
h. Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem RM 1 dan Beralamat Sendiri.
(Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda sama ada Tentera Darat
Malaysia, Tentera Laut Diraja
Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia).
i. Sila bawa dokumen-dokumen asal semasa melapur di pusat pemilihan yang akan
dimaklumkan kemudian.


CARA PERMOHONAN
11. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)
atau

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen –dokumen seperti di atas.

UNTUK PERTANYAAN :
Talian: 03-20714524, 03-20714526, 03-20712387, 03-20712391
Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
No Faks: 03-26985340 ,0326986235
Email: ctk.mtk@mod.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan: 9 OGOS 2009

Maklumat Penting:
Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon
yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan.
Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran temuduga dan ujian pemilihan DUA (2)
MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Jumaat, 31 Julai 2009

Surat Untuk Calon Suami Ku


Surat ni untuk calon suami saya yang nama nya dirahsiakan, mungkinkah ada diantara kalian..

Kepada ?????? Calon suamiku, calon ayah anak-anakku, calon menantu mak dan ayahku dan calon adik dan abang buat adik-beradikku.... Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau awk tidak berkenan. Tapi sy mohon bacalah warkah ini hingga akhir. Baru kemudian awk delete atau print buat tatapan awk, tapi sy mohon, bacalah dulu sampai selesai. Sy, yang bernama Siti Nur Lily Fahida Bt Barahim.menginginkan awk ?????? untuk menjadi suami sy. Sy bukan siapa-siapa. Sy hanya manusia biasa. Buat masa ini sy mempunyai pekerjaan. Tetapi sy tidak tahu apakah kemudiannya sy akan tetap bekerja. Tapi yang pasti sy akan berusaha mendapatkan rezeki untuk membantu awk meringankan bebanan awk menguruskan keperluan rumahtangga dan anak-anak kita kelak. Sy memang tiada pengalaman dalam urusan rumahtangga. Yang pasti, sy akan tetap berusaha mempelajari agar rumahtangga yang kita bina akan sentiasa bersinar dan penuh kebahagiaan dan gelak tawa awk dan anak-anak kita. Sy hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Sy menginginkan awk untuk mendampingi sy. Untuk menutupi kelemahan sy dan mengendalikan kelebihan sy. Sy hanya manusia biasa. Cinta sy juga biasa saja. Oleh kerana itu sy menginginkan awk supaya membantu sy memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Sy tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana sy tidak tahu suratan jodoh sy. Yang pasti sy akan berusaha sekuat tenaga menjadi isteri dan ibu yang baik. Kenapa sy memilih awk? Sampai saat ini sy tidak tahu kenapa sy memilih awk. Sy sudah sholat istikharah berkali-kali, dan sy semakin kuat memilih awk. Yang sy tahu, sy memilih awk kerana Allah. Dan yang pasti, sy menikah untuk menyempurnakan agama sy, juga sunnah Rasulullah. Sy tidak berani menjanjikan apa-apa, sy hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. sy memohon awk sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada sy. Sy xkan memaksa awk untuk memberi jawapan dengan segera. Biarlah keputusan awk dibuat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran awk. Sekiranya awk dah bersedia menerima sy seadanya..Maka tinggallah segala kenangan pahit manis masa lalu awk..dan tinggallah segala sifat dan tingkahlaku awk yang mendorong kehancuran rumahtangga kelak..Mulalah menyintai sy sepenuh hati awk tanpa berlaku curang dibelakang sy....Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

p/s:Siapa lah yang sudi menerima hati saya, kalau dia sedang membacanya, dan merasakan itu dirinya..renung2kan la..

Khamis, 30 Julai 2009

lelaki..lelaki..

Salam Kasih.

Maaflah sejak akhir-akhir ni, rasanya dah lama xupdated blog, kuliah dah bermula. Tapi now cuti, maybe sebab ada kaitan dengan demam h1n1. Saya seorang yg berfikiran terbuka, saya boleh berkawan dengan siapa saja, xkira lah dia gay, lelaki sejati, lesbian atau mungkin seorang wanita. Di sini saya bukan untuk mengutuk lelaki atau mengata orang. Semalam pulang dari joging saya dan teman saya ke tesco, ni bukan nak cerita pasal apa yang kami shopping tapi ni tentang sikap seorang manusia. Dalam perjalanan yang sesak sgt, tiba2 ada satu kereta savvy yang cuba potong line and terus mencucuk nak masuk ke line kami. Mungkin disebabkan saya seorang perempuan dan jelas bertampal P (saja tampal, lesen penuh dah), dia ingat dia boleh senang2 nak potong line saya,kalau mintak dengan penuh hormat xpe..ganas plak tu, sorry saya ni nampak je lembut tp lasak gak..cukup la saya dah lepaskan sebuah kereta, xkan asyik nak bg muka je..saya toleh ke tepi, rupanya pemilik nya seorang lelaki lembut, berambut panjang berkaler merah. huh..xsangka ingatkan bila dah ada sifat keperempuanan dalam seorang nyah, dia akan bersifat lemah lembut, sopan santun tapi xrupanya. Sekali di jalan raya, terkeluar sifat kejantanan, hehe ni la yang dikatakan kalau dah memang asalnya seorang lelaki anda tetap seorang lelaki even pakaian anda dah bertukar rupa untuk menyerupai seorang wanita tapi anda tetap jantan. Ini bukan mengutuk tapi pengalaman saya, siapa pun anda, pastikan anda menjadi seorang manusia di jalan raya. Jangan cuba ambil kesempatan pada kereta yang bertampal P..Jangan salah sangka kadang-kala pemilik nye memang seorang yang PRO.

Khamis, 23 Julai 2009

Meje bersepah (Clean or messy doesn't matter. Effective does.)

MEJA MACAM TONGKANG PECAH

Setiap hari, terlalu banyak maklumat untuk anda, bermacam-macam surat-surat, laporan-laporan dan mungkin juga memo daripada bos anda, bertimbun memenuhi meja anda. Kerja yang terlalu banyak mungkin juga akan menyebabkan anda terlupa untuk mengemas meja anda. Itu belum lagi di tambah dengan PC anda yang macam zon perang, banyak sgt barang.

Masalahnya sekarang bukan sebab meja anda yang bersepah, tapi takut2 kalau ada kemungkinan ada barangan anda yang penting akan hilang. Kadang-kadang xhilang kemana tapi mungkin barang2 penting ni terimbus di dalam timbunan barangan yg bersepah dia atas meja anda. Masalah remeh temeh seperti ini yang akan menyebabkan kerja2 anda terganggu.

Cuba bayangkan tiba-tiba bos anda memerlukan laporan yang penting, sedangkan anda sebenarnya tidak menyediakan laporan tersebut di sebabkan anda terlepas pandang memo yg di berikan..Salah siapa sekarang? Salah anda atau salah meja yang bersepah? Tidak2 pasal ada pula yang menangis kena marah dgn bos.

Tips untuk mengatasi meja bersepah

1. memo penting
letak pada tempat yang mudah untuk dilihat.

2. buku-buku, nota
susun setiap kali lepas di gunakan. Jangan ajar diri anda untuk "sebentar lagi baru simpan". Ini lah satu punca masalah, semuanya sebentar lagi pun boleh. Kalau sudah terlupa, setiap hari satu buku, alamatnya memang penuhlah meja anda dgn benda macam ini.

3. mug dan botol2 air.
bersihkan setiap kali anda selesai menggunakan. Jangan biarkan botol2 air atau mug yg dah bkulat atas meja anda. Lain kali minum sahaja di cafe, ada yang akan tolong angkatkan dan basuh pinggan cawan anda.


Isnin, 20 Julai 2009

belajar untuk berdiri..


Belajar untuk berdiri.

Cuba fikirkan apa yang perlu anda lakukan ketika anda bersendirian, bangun dari tidur, melihat diri sendiri seolah-seolah kerdil. Bangun, katakan pada diri sendiri anda mencintai diri sendiri. Menangis, habiskan saki-baki tangisan anda, sekurang-kurangnya anda akan mencari sedikit kekuatan dalam setiap tangisan anda. Apa yang berlaku pada saya semalam, menjadikan diri saya rasa saya perlukan sedikit perubahan. Mungkin sedikit perubahan, mungkin ke arah kebaikan. Perkataan redha sering kali saya gunakan, tanpa memahami apa maksud redha, apa maksud mesti di sertai dengan doa dan usaha, rasanya masih tidak cukup. Siapa pun pemilik hati saya sekarang, dia pasti kena terima keadaan saya, diri saya dan perubahan saya. Wajib.. Tiada jalan patah balik, hakiki yang saya kena belajar bermula hari ini. Terima atau tidak dia pada diri ini, terserah. Yakin takdir tuhan..

Berbalik pada anda, yang masih mencari, merasakan diri ini belum lengkap, merasakan diri anda perlukan perubahan, jangan meragui apa yang diperkatakan oleh sang hati, mungkin kadangkala kita perlu menyatukan dua perkara, hati dan minda. Kalau hanya mengikut kata-kata sang hati, mungkin boleh membawa ke jalan mati yang tiada penghujung. Sang minda pula, akan mengatur setiap langkah yang pasti akan mengelak kita dari kecundang. Tapi peringatan untuk anda, andai satu ketika anda terjatuh, bingkas bangun. Katakan pada diri anda perlukan kekuatan, bisikkan pada sang hati, jangan kau mati, kuatkan hatimu.

Buat catatan sama ada pada diari atau buku 555 , apa yang perlu anda lakukan untuk miliki sebuah perubahan. Tapi pastikan anda berubah kearah kebaikan untuk diri anda, orang sekililing anda. Jangan risau kalau target anda terlalu tinggi, sekurang-kurangnya anda mencuba untuk berubah. Saya berdoa semoga anda bejaya dalam perubahan, doakan saya para sahabat, semoga saya mampu berubah.

Jumaat, 10 Julai 2009

aku dah rasa..

Terlalu besar ujian n dugaan aku utk akhir2 ini..Aku rindu kamu..aku rindu kamu..Kalau kamu tahu aku amat memerlukan kamu tika ini..tapi siapa aku..Aku kusut..Aku benci begini..Aku mahu bertemu dgn kamu..Aku mahu janji kamu..Aku xnak kamu tahu aku masih belum bisa melepaskan kamu..tapi siapa aku..Ya Allah berikan lah kebahagian utk dia, aku sanggup bkorban utk kamu..Itu janji aku..Aku bahagia kalau kamu bahagia..Apa yang aku rasa pada kamu, mungkinkah aku terlanjur mencintai kamu dr teman biasa..Aku kuat, aku xmahu kamu tahu aku lemah..Aku xmahu kamu rasa bersalah..Aku sayang kamu..Dia yang terbaik untuk kamu..Maafkan aku kerana xpernah putus sayang kamu..Aku perempuan biasa yang mengingin kamu untuk menjadikan hubungan kita luar biasa..Aku mahu bangun, jatuh bersama kamu..Aku mahu kamu tahu aku ikhlas pada kamu..tapi aku xbisa..aku xmahu kamu serba salah..Aku tahu kamu pasti pilih dia kerana dia pilihan ibu kamu..

Rabu, 8 Julai 2009

aku

Lu pk la sendiri!!!

Aku peduli apa dengan siapa pun, dah cukup entry luka lara, duka, sayang, cinta..sampai masa aku dah malas nak jiwang-jiwang..Takdir Tuhan hanya Dia yang tahu..Aku sebagai hambanya wajib bersyukur dan redha, bukan tiap masa kita akan menang, kadang kala kita akan tersungkur.. Aku pasti menang, Insya’Allah..doakan aku wahai sahabatku..Pasal that guy yang dah buang aku, aku peduli apa, aku ada maruah, bukan tiap masa aku akan lemah, cukup terpulang pada dia nak kawan ke x, aku peduli apa..Tapi aku tetap anggap dia kawan, sebab aku bukan BINATANG xde perasaan.. Dia nak hidup macam mana pun, lantaklah.. Dia sedap2 bahagia, aku nak merana, sorry bro, I’m not that type of lady.. Menangis tu kekuatan untuk aku, aku pasti akan tersenyum..Kalau dia baca entry ni, aku nak dia tahu, aku xkan sama dengan perempuan yang dia kenal..aku redha dalam apa jua keadaan n aku akan tetap berusaha untuk ubah nasib aku..BAHAGIA..Aku memang dah bahagia..

Aku dah balik seksyen 11,

Terima Kasih Tuhan, kerana masih memberi aku kasih sayang, yang pastinya ikhlas.. Semalam aku dah balik duduk dengan mak ngah aku, balik kerja, pergi kuliah.. Penat, hehe tapi bila balik ada kids yg cute2 sambut, rasa bahagia sangat..aina + icha.. Hampir 2bln tinggal umah sewa, xjumpa this kids, aina dah telus bila bcakap.. Aku rasa macam nak geget pipi dia bila dengar dia ckp mcm telus, pelat ckit je..Aku memang suka kids, selalunya cepat mesra.. Aku pasti xsunyi, ok je kut..

Demam + Lewat dtg kerja,

Lately kejap demam, kejap pening..Maybe letih kut.. Aku akan terjaga setiap malam, 2-3kali.. Huhu..biasa mesti ada dalam berapa bulan, bila sihat, mesti aku akan demam punya.. Dah biasa.. Makan ubat, pergi klinik, malas lah aku takut doctor marah sebab aku dah 2kali xpergi appoiment doctor, aku sendiri istiharkan aku sihat..So aku sihat lah..Gila kan aku..

Selasa, 7 Julai 2009

aku bangkit..

salam kasih,
Aku semakin percaya takdir tuhan.mungkin aku di lahirkan dengan jiwa yang terlalu sensitif..(kadang kala xdinafikan aku mudah menangis bila menonton drama di TV). Jiwa aku yang mudah sensitif ini juga mungkin sesuatu kekuatan untuk aku. Aku mudah bangkit apabila aku rebah, aku mudah bersemangat di kala berduka dan aku juga seorang yang agak aktif pada dasar zahiriah tapi agak lembut barangkali pada sifat dalaman diriku. Aku bersyukur pada tuhan menjadikan aku seorang perempuan yang bersifat begini. Biar aku serba kekurangan tapi aku pastikan akan melakukan yang terbaik untuk diriku. Biar mereka bilang aku lemah, tapi aku tahu mana kekuatan untuk aku.

Ya Allah,
Aku sujud pada mu, Tuhan..Bantu lah aku, bukakan hatiku. Temukan aku dalam pencarian, andai ini dugaan untuk aku, aku pasti redha..Ya Allah bawalah segala kedukaan aku jauh dariku, berikan aku senyuman untuk aku ukirkan pada semua, keluargaku, sahabatku, saudaraku.. Jangan sampai mereka tahu, aku memendam duka. Terutama ibuku, aku amat mencintai keluargaku. bantulah aku dalam setiap pencarianku..

Isnin, 6 Julai 2009

Untuk Kamu (Mohd Rizwan Abdul Rahim)

jangan kau sakiti hati aku,
di kala aku sedang bermimpi,
di kala aku berusaha memiliki hatimu,
di kala aku sedang memberi senyuman untukmu,
bahagia aku,
tapi hanya seketika,
mengharap kita kan bersama menjadi sahabat..
berdoa kebahagian kamu dalam setiap solatku..
Ya Allah berikan dia bahagia..
Kalau kau takdirkan bukan untukku,
Aku pasti mendoakan dia bahagia..
Ya Allah kau titipkan hidayahMu,
buat aku, buat dia..
Kau bukakan hatinya untuk insan lain..
Bukan aku, Aku redha Ya Allah...
Aku percaya janji mu..
Aku akan terus redha..
Jiwa aku terseksa..
Tapi aku pasti bangkit semula..
Aku pasti..
Jiwa aku kental kerana aku,
Siti Nur Lily Fahida..
Ya Allah bawa dia pergi dari ingatan ku,
hatiku,
Tuhan kau kebalkan hati aku kali ini,
Aku menangis lagi pagi ini..
Aku xmahu menangis, aku nak kekuatan..

Khamis, 2 Julai 2009

perasaan yg sukar di bendung...

salam,
haha..aku pun xpasti apa sebenarnya yang aku rasa..cemburu..bukan cemburu buta, sekadar rasa iri hati..ahh..pedulikan apa yg aku rasa, sabar je la..biar lah, tahan je sikit..lagi pun kena la sedar diri di mana tempat aku..siapa diri aku...


Aku untuk dia

Aku mencari siapa dia..
Aku andaikan aku tiada di hatinya..
Aku andaikan aku perlu pergi darinya..
Aku andaikan biarlah aku merahsiakan tindakan aku seterusnya...
Aku takut kalau terus begini,
Aku juga merana,
Ya Allah bawa dia pergi,
Andaikan bukan dia yang kau utuskan untukku..
Tapi jauh dari sudut hatiku,
Aku mahu dia untuk ku,
Tapi aku bukan tamak,
Tidak mahu aku pentingkan hatiku sendiri..
Biar aku terluka,tapi bukan dia..
Ya Allah aku mahu membahagiakan dirinya,
Sebelum aku pergi..
Ya Allah berikan aku kesempatan kali ini..
Aku mahu hatinya terbuka untuk gadis lain,
Biarpun bukan aku,
Biarpun diriku hanya persinggahan..
Biarpun aku perlu berkorban..
Aku percaya takdirmu Tuhan..
Mungkin akhirnya kemenangan milik aku..
Aku tidak pasti,
Tapi aku yakin takdirmu Tuhan..

p/s: this poem is 4 someone that i really care, aku pasti hanya membahagiakan kamu biarpun kita hanya sekadar teman..

Isnin, 29 Jun 2009

me and him

we just been a good friend..a.k.a teman tp mesra, sumpah aku mahu dia untuk aku..tapi aku bukan siapa2 yang boleh menentukan sejauh mana hubungan kami akan blangsung..dia jauh dari pandangan mata aku (miri) aku di semenanjung..aku sedang menanti keajaiban untuk kami..Ya Allah, aku pohon temukan aku dengan lelaki yang akan menjadi imam untuk keluarga ku, ayah anak2 aku, suami untuk aku..Ya Allah berikan diri ku peluang bahagia seperti insan lain..Ya Allah kalau kau utus kan lelaki ini untuk diriku, bukalah hatinya, bukalah hatiku..satukan kami..jauhkan kami dari helah dunia..Ya Allah aku redha takdir mu Ya Allah..

Jumaat, 26 Jun 2009

Lirik Lagu You Belong With Me - Taylor swift


You're on the phone with your girlfriend, She's upset
She's going off about something that you said
She doesnt get your humour like I do

I'm in the room, its a typical Tuesday night
I'm listening to the kind of music she doesnt like
And she'll never know your story like I do

But she wears short skirts, I wear t-shirts
She's cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming bout the day when you'll wake up and find
That what you're lookin for has been here the whole time

If you could see that I'm the one who understands you
Been here all along so why can't you see?
You belong with me
You belong with me

Walkin the streets with you in your worn out jeans
I cant help thinking this is how it ought to be
Laughing on the park bench thinkin to myself
Hey isnt this easy?

And you've got a smile that could light up this whole town
I havent seen it in awhile, since she brought you down
You say you find I know you better than that
Hey, Whatcha doing with a girl like that?

She wears high heels, I wear sneakers
She's cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming bout the day when you'll wake up and find
That what you're looking for has been here the whole time

If you could see that I'm the one who understands you
Been here all along so why can't you see?
You belong with me

Standin by, waiting at your back door
All this time how could you not know that?
You belong with me
You belong with me

Oh I remember you driving to my house in the middle of the night
I'm the one who makes you laugh when you know you're about to cry
I know your favorite songs and you tell me about your dreams
I think I know where you belong. I think I know it's with me.

Can't you see that I'm the one who understand you?
Been here all along so why can't you see?
You belong with me

Standing by or waiting at your back door
All this time how could you not know that
You belong with me
You belong with me

Have you ever thought just maybe
You belong with me
You belong with me


mcm ada kena je antara aku n dia..

sabah trip

salam kasih,
rasanya dah lama, aku xupdated blog, maaf kerana tumpukan aku teralih kepada somebody..nothing between us, sekadar teman..tp aku happy berteman dgn dia..he nice, gentleman, sweet..mcm2 lagi..no word can describe his self..but we are just a good friend, trying to give he, a chance to know my self better..

back to our topic..
aku dah join one trip to sabah, sebenarnya ni 1st time aku naik flight..haha..kelakarkan?dah besar mcm gini baru dpt naik, ye la aku bkn dtg dr family kaya leh g holiday selalu masa dulu..best bangat..nanti aku upload gambar aku..

Selasa, 9 Jun 2009

keliru??cinta??kemahuan??cita??what the hell??


"what the hell?? crazy??everything spinning on my head..my life suck??not really, everything around me, make me fell happiness accept this word L.O.V.E.. damm..i miss him so much..but nothing leave for me..no hope for him because i dont really know him self much..know his name, know his work..its not enough yet.. "

kalau dia tahu, aku sudi menjadi seseorang di sisi dia..kalau dia tahu, aku mulai mnyukainya..kalau dia tahu aku xkan pernah tinggalkan dia..Ya Allah andainya kau utuskan dia untuk aku, bukakan hatinya untuk aku..Ya Allah kalau bukan dia untuk ku bawakan dia jauh dari ku, dari hatiku, dari fikiranku dari hidupku..

Khamis, 4 Jun 2009

keputusan exam nak kuar dah!!


Aku gelisah..takut sebab mmg aku xleh buat pun..aku sasau masa tuh..keje lg..macam mana yek??td ade classmate aku send YM kat aku..result nak kuar 11hb ni..im not ready to know my result yet..nak what macam mana yek??biar lah, siapa suh aku xbelajar..terima lah akibat aku..waaa...keje....waa..study...mmg la boleh pg kelas pas balik keje tp jawab soalan tu belum tentu boleh..macam mana ye??tolong aku....

Selasa, 26 Mei 2009

tragedi mei-tuhan menguji aku..




Semalam,
Terpaksa aku amik Emergency Leave, setel kan semua pasal kereta aku..hari sabtu berlangsung pkahwinan salah sorg sedara aku..vouge aku hari tu..hehe kalah baju org lain..tapi malang nya on the way balik..satu tragedi berlaku..my car dah sondol mat saleh punye kereta..tragedi, tragik..abis bonet depan sebelah kanan kereta aku,aku tkedu..yg drive kete aku, ayah aku..aku xmarah pun sbb kesian ayah aku susah hati, serba salah kut..lg pun mmg bukan salah ayah aku..mat saleh tu mmg dr awal masuk lane kanan dgn iba2 xbg signal..ayah dah try break..tp kereta auto @ mungkin kereta aku ni ringan..yg bersyukur xde kereta n lori kat belakang kereta kami..kalau x, mahu habis kereta aku saga transform jadi kancil..n yg penting kami selamat..

Gembira,
Bila aku akan jadi untie..apa yg penting bsyukur kak ipar aku dah pregnant..mak ayah aku hepi sgt..


Aku,
Masih lagi org yg sama..bahagia dalam dunia ciptaan aku..sederhana dalam setiap keadaan..mengejar cita2 dan impian yg bakal membahagiakan aku..Berdoa dalam setiap solatku agar aku akan bertemu "dia"..insan yang aku xpernah kenal, xpernah tahu siapa dirinya..yg penting insan itu adalah org yg aku tunggu..Redha siapa pun dirinya..Aku pasti akan mencintai dia dunia dan akhirat..moga satu hari nanti pasti akan ketemu..

Jumaat, 8 Mei 2009

hari ibu??


hows wonderful we are..when we still have a mom..dont u think so??i love my mom more than word can say..hihi..finally exam dah abis, aku dah jawab, dah try, memang agak susah..serah je la pada tuhan..aku rase free ckit selepas segalanya selesai tp skang aku tgh blambak keje yg btimbun sepanjang ketiadaan aku(cuti-final exam). CPU timb. pengarah hampir nak setel, tinggal PC dak majaico ni je..TQ to Nisa sebab bg aku tip mcm mana nak cari driver PC tu, sabar je la aku bila diorg ni suh aku repair or format PC xbagi driver hardware sekali..menyusahkan aku nak cari kat tenet dah la tenet kat cni mcm (!@#^^$*(**&) je..

Hehe..xsangka aku dpt g holiday free..TQ mak sebab ajak aye makan angin..setelkan sume keje..mintak cuti kat bos..dah boleh aku lepaskan tekanan lepas exam ni pegi makan angin kat GANU KITE..poket dah kering tapi mak ada..huhu..sori bln ni byk guna duit..3days holiday with mom,bkepit dgn mak sempena hari ibu..what do you think??jgn jeles tau..best nye...

Selasa, 21 April 2009

trying 2make everything look perfect..


salam kasih..
aku xtau la sama ada kena-mgena @ x title aku dgn apa aku nak taip ni..Aku masih aku, impak dr hubgn aku n azli dah putus xla ketara sgt..mungkin aku cuma rase sunyi maklumla aku kat s.alam ni xde kwn2,nak pg mana2 pun xde geng..mungkin ada hikmah aku bkeadaan mcm gini, at least time mcm ni la ku leh pk pasal diri sendiri, kete aku, family aku..mungkin keadaan mcm ni leh elakkan aku dr melakukan benda2 yg "bodo"..n paling penting aku nak dekat exam, susah ckit kali ni bukan sbb B.Sc in Information Management tp sebab aku kena hadapi dua situasi kerja n study..Sedar x sedar dah nak abis dah semester pertama, tp aku akui aku dah lelah bkejar-kejar balik kerja terus pg kuliah..balik kuliah pun dah pukul 10.00mlm...semangat..aku kena terus kuat..kesusahan hari ini pasti mbuahkan hasil n nikmat utk seluruh hidupku..

perempuan bkerjaya vs. jodoh???
betul ke berat jodoh??hehe sound mcm seram je..yg paling penting niat aku utk mgejar cita2 ni..aku lahir dalam family bukan org berada..so masa kecik2 dulu mak aku bniaga nasi lemak,n sbb nak dpt duit blanja abg,aku n jiji, bawak pg sekolah jual kat kwn2..aku ingat lg sume tu..aku kejar sume ni sbb aku xnak one day masa aku ada anak2 nanti diorg rase ape yg penah aku rase..

memilih??
bukan memilih sgt tp xsemudah nak beli ikan kat pasar..doa tu jalan terbaik..aku xtutup pintu hati aku ni..aku akan terima lelaki yg leh terima aku..aku xpilih lelaki yg bharta, tp cukup la dia tahu tanggungjawb sbg seorg suami apabila aku kawin kelak..

diri aku..
lately aku dah start diet..hehe utk mencari yg sesuai utk aku..maybe penampilan juga penting..chaiyok..chaiyok..little lily..aku pcaya 1day mesti ada punye yg penting aku kena melihat dunia aku hari ini dgn kanta mata hatiku..hihi..

Khamis, 9 April 2009

bodoh ke aku bila..

aku dah jumpa dia..akhirnya selepas 3bln aku berusaha..finally i found him..aku dah seronok sgt..tapi sebelum aku jumpa dia,aku dah niat dah dalam hati..aku kena redha n terima klu dalam masa 3bulan(tempoh aku lost contact dgn dia) dia dah jumpa penganti aku..tapi aku bsyukur sebab dia still nak hubungan kami berterusan..mean im still his gf..kata sepakat dah di ambil,dia bawak aku jumpa family dia..sepanjang aku berada di kampung dia,kepala aku ni xlekang dr tudung..dalam bilik je aku buka, sebab dia dah awal2 ckp dia xnak aku tanggal tudung bila ada kat rumah mak dia, lau ada jodoh kami, pas kawin aku hanya xpakai tudung bila aku bersama dia..Dia bawa aku mandi kat jeram kat area kg dia,mandi kali ni pun aku pakai tudung..Ya Allah terima kasih menemukan aku dgn lelaki ini,membawa seribu sinar utk aku..dan yg paling penting,alhamdulillah mak dia dah bkenan sgt kat aku..masa aku nak balik shah alam mak dia sempat ckp klu dtg sepang kali ni maybe bawak rombongan meminang..

aku bodoh bila dia menghilangkan diri lagi kali ni,aku call xjawab..dan aku pening pikir nape dia buat aku mcm ni..aku teringat balik niat aku sebelum,redha..yg pasti sekarang ni aku kena redha,aku kena ikhlas..Ya Allah aku terima semua ini sebagai dugaan untuk aku terus kuat hadapi kehidupan ini..Ya Allah kau beri lah aku kekuatan,beri aku pedoman..Ya Allah titip hidayah untuk hambamu ini..Aku kembali teruskan hidup kali ini biarpun pelamin anganku musnah..

Pada dia, apa yang pasti aku redha, aku terima apa yg terjadi antara kita..aku pasti doakan kau bahagia..jaga diri..pilih yg terbaik yg pasti bukan aku..

Selasa, 10 Mac 2009

aku, lagenda and BLM ku ..


sabtu,

i wake up early,hehe xsabar nak tunggu langit cerah,xmandi pun..dengan hanya berkain batik n t-shirt, aku buka pintu rumah,seksyen 11 still sunyi,ye la hari sabtu,mungkin ramai yang masih tengah berselimut..rasa aku nak je jerit "selamat pagi dunia"..huhu..tapi xpasal2 nanti aku kena tangkap masuk hospital gila pulak..hehe sebenarnya aku dah plan nak balik sepang,so aku nak basuhla BLM hitamku..lepas habis aku belek kereta aku,baru aku teringat lagenda merahku yang dah banyak berjasa pada aku..sori sayang,sebab sejak berkereta aku dah jarang naik kau..lepas tu,dah lama aku xstart..hampir 15 kali bru boleh hidup,hehe cian motoku..aku basuh lagenda aku jugak akhirnya..puas hati ni aku tgk dua2 bersih..anggun macam aku juga..

ahad,

my best friend wedding?? huhu..hows wonderful,tgk diorg naik pelamin,5thn bersulam kasih..aku pun pernah menjadi saksi cinta mereka..hehe,ye la asal dating je aku jadi peneman..bahagia diorang..hehe tahniah dari aku untuk nazatur shima n mohd suffian..moga bahagia ke anak cucu..n aku still belom jumpa lagi,doakan aku,aku pun doakan diri sendiri..huhu..lau jodoh xkemana..

isnin,

nothing interesting, hehe aku ngidam nak makan cekodok pisang, aku wat la sendiri nampak pisang kat dapur mak aku tu..petang tu,aku btolak balik shah alam dengan hati yang malas..kalau boleh aku nak bcuti sepanjang tahun,xbest la kerja..

Jumaat, 6 Mac 2009

LIFE?????/


Salam Kasih,good morning..Semalam aku ada la terbaca satu blog ,hehe ok gak la blog ni, while im reading this blog,my spirit really glowing,such something really special about this blog that attract my attention..hopefully one day i can make a freind with this guy..his writing make me fell sweeping that this is what im looking for..So aku ada la comment ckit apa yang dia tulis dlm blog dia.
berbunyi,
alhamdulillah..same like what im fell..but what can i say,u looking for something rite?sy juga dalam pencarian..i love my life rite now,i hav a family that really care about me..this year i hav change a whole of my life..my life style..my self especially..something like miracle..2day,i can say no to the wrong thing that i hav done in the past year..i love my self more than b4..even i dont have a boyfriend 2day,but i still can smile,can fell a happiness..

Sama-samala aku ingat yang aku juga kadang kala alpa dengan kehidupan aku..dosa-dosa yg pernah aku buat..Ya Allah kau tunjuk kan aku jalan ke arah kebaikan,jauhi aku dr kejahatan..

Khamis, 5 Mac 2009

apa yang ada dalam hati aku sebenarnya??
















Kerinduan teramat sangat,masih jelas dalam ingatan aku..senyuman nya,kasih nya..Ya Allah kenapa sekian lama kenangan itu berlalu, tapi hatiku masih belum bersedia melepaskan dia..Ya Allah berikan aku sumber kekuatan..Walaupun dia pernah melukakan hatiku,tapi aku tetap berdoa dia akan menemui bahagia nya..aku??masih disini,mencari dalam pencarian..Pencarian??umum,saja aku xnyatakan apa yg aku cari,sebab banyak yg aku cari..thn ni lembaran baru dalam idup aku..Ya Allah berikan aku pedoman n hidayah mu..Aku tau semakin aku cari,semakin banyak yg aku dapat..tapi dalam soal jodoh,aku rase belom lg tiba untuk aku..biar pun aku pernah bcinta sebelom ni,tapi kali ni macam payah je aku nak buka pintu hatiku..mungkinkah luka semalam mghantui ku n buat aku lebih berhati2 untuk mencari cinta dari seorang insan bergelar lelaki..chaiyok..chaiyok little lily..lily is lily..lily will not be a rose..same my self..aku terus berjuang..kalau hidup penuh pgorbanan,aku sanggup..aku redha..

Rabu, 4 Mac 2009

good morning shah alam

hehe..wake up with a smile..Ya Allah berikan aku sumber kekuatan..

menangis aku..

Bila hati aku mula menangis..Ya Allah,kuatkan hatiku..Ya Allah aku akan tetap dgn semangat aku..Ya Allah permudahkan jalan hambamu yg hina ni..Ya Allah andai dtdirkan aku mati,biar la mati aku dalam keimanan..Ya Allah ampun kan dosaku Ya Allah..Temukanku aku dalam pencarianku..

Selasa, 24 Februari 2009

Kehidupan


Kadang-kala kita tidak sedar bila kita akan berada dia atas atau di bawah.. Aku kembali berfikir tentang diri aku sebelum ada kereta.. Sebelum ni, aku berulang pergi kuliah selepas habis kerja dengan moto lagenda aku..Pernah dalam 1 perjalanan untuk ke uitm,hujan lebat sgt..Nak x nak, aku redah jugak, xkan nak patah balik, dah nak sampai..abis basah separuh badan aku,sbb bahagian atas aku cover dengan baju hujan..Aku masuk kelas dgn basah kuyup,semua pandang aku dengan muka kesian,aku wat xtau..tapi dalam hati ni tuhan saja tahu..Sekarang aku dah ada kete saga BLM..warna hitam, BKG 4122..Insya'Allah aku akan guna dgn sebaik mungkin..Bersyukur pada tuhan, yang memudahkan perjalan hidupku..Nanti aku upload kereta baru aku..

Isnin, 5 Januari 2009

Tahun Baru & Maal Hijrah




Aku mulakan tahun baru ni dgn catatan blog..aku pun xreti sgt pasal blog ni..tp aku cuba2 nak belajar.. Tahun ni aku nak mulakan dgn azam n tekad..mase aku type ni,aku xtau nape air mata aku pun mngalir same..thn ni thn pencarian aku,thn pencarian rezeki,ilmu n mungkin cinta..petang ni aku mula kelas aku..maybe dlm bln ni seksa la ckit..sebab aku kena berulang pegi keje,balik keje terus pegi kelas naik moto..sabar la ckit..

Kalau ade rezeki,insya'allah aku akan ade keta utk pertama kali dlm idup aku..tapi aku xkan lupekan jasa moto aku kat aku selama ni..moto tu yg buat aku berada di tempat ni skang..aku mulakan tahun ni mcm seolah-olah aku xpernah lalui thn2 lepas..mungkin sebab aku cuba melupakan thn2 lepas aku..

Ya Allah, kau kuatkan hambamu ni..kau berikan aku taufik dan hidayah ke jalan yang kau redhai..Amin..