Jumaat, 31 Julai 2009

Surat Untuk Calon Suami Ku


Surat ni untuk calon suami saya yang nama nya dirahsiakan, mungkinkah ada diantara kalian..

Kepada ?????? Calon suamiku, calon ayah anak-anakku, calon menantu mak dan ayahku dan calon adik dan abang buat adik-beradikku.... Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau awk tidak berkenan. Tapi sy mohon bacalah warkah ini hingga akhir. Baru kemudian awk delete atau print buat tatapan awk, tapi sy mohon, bacalah dulu sampai selesai. Sy, yang bernama Siti Nur Lily Fahida Bt Barahim.menginginkan awk ?????? untuk menjadi suami sy. Sy bukan siapa-siapa. Sy hanya manusia biasa. Buat masa ini sy mempunyai pekerjaan. Tetapi sy tidak tahu apakah kemudiannya sy akan tetap bekerja. Tapi yang pasti sy akan berusaha mendapatkan rezeki untuk membantu awk meringankan bebanan awk menguruskan keperluan rumahtangga dan anak-anak kita kelak. Sy memang tiada pengalaman dalam urusan rumahtangga. Yang pasti, sy akan tetap berusaha mempelajari agar rumahtangga yang kita bina akan sentiasa bersinar dan penuh kebahagiaan dan gelak tawa awk dan anak-anak kita. Sy hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Sy menginginkan awk untuk mendampingi sy. Untuk menutupi kelemahan sy dan mengendalikan kelebihan sy. Sy hanya manusia biasa. Cinta sy juga biasa saja. Oleh kerana itu sy menginginkan awk supaya membantu sy memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Sy tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana sy tidak tahu suratan jodoh sy. Yang pasti sy akan berusaha sekuat tenaga menjadi isteri dan ibu yang baik. Kenapa sy memilih awk? Sampai saat ini sy tidak tahu kenapa sy memilih awk. Sy sudah sholat istikharah berkali-kali, dan sy semakin kuat memilih awk. Yang sy tahu, sy memilih awk kerana Allah. Dan yang pasti, sy menikah untuk menyempurnakan agama sy, juga sunnah Rasulullah. Sy tidak berani menjanjikan apa-apa, sy hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. sy memohon awk sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada sy. Sy xkan memaksa awk untuk memberi jawapan dengan segera. Biarlah keputusan awk dibuat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran awk. Sekiranya awk dah bersedia menerima sy seadanya..Maka tinggallah segala kenangan pahit manis masa lalu awk..dan tinggallah segala sifat dan tingkahlaku awk yang mendorong kehancuran rumahtangga kelak..Mulalah menyintai sy sepenuh hati awk tanpa berlaku curang dibelakang sy....Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

p/s:Siapa lah yang sudi menerima hati saya, kalau dia sedang membacanya, dan merasakan itu dirinya..renung2kan la..

Khamis, 30 Julai 2009

lelaki..lelaki..

Salam Kasih.

Maaflah sejak akhir-akhir ni, rasanya dah lama xupdated blog, kuliah dah bermula. Tapi now cuti, maybe sebab ada kaitan dengan demam h1n1. Saya seorang yg berfikiran terbuka, saya boleh berkawan dengan siapa saja, xkira lah dia gay, lelaki sejati, lesbian atau mungkin seorang wanita. Di sini saya bukan untuk mengutuk lelaki atau mengata orang. Semalam pulang dari joging saya dan teman saya ke tesco, ni bukan nak cerita pasal apa yang kami shopping tapi ni tentang sikap seorang manusia. Dalam perjalanan yang sesak sgt, tiba2 ada satu kereta savvy yang cuba potong line and terus mencucuk nak masuk ke line kami. Mungkin disebabkan saya seorang perempuan dan jelas bertampal P (saja tampal, lesen penuh dah), dia ingat dia boleh senang2 nak potong line saya,kalau mintak dengan penuh hormat xpe..ganas plak tu, sorry saya ni nampak je lembut tp lasak gak..cukup la saya dah lepaskan sebuah kereta, xkan asyik nak bg muka je..saya toleh ke tepi, rupanya pemilik nya seorang lelaki lembut, berambut panjang berkaler merah. huh..xsangka ingatkan bila dah ada sifat keperempuanan dalam seorang nyah, dia akan bersifat lemah lembut, sopan santun tapi xrupanya. Sekali di jalan raya, terkeluar sifat kejantanan, hehe ni la yang dikatakan kalau dah memang asalnya seorang lelaki anda tetap seorang lelaki even pakaian anda dah bertukar rupa untuk menyerupai seorang wanita tapi anda tetap jantan. Ini bukan mengutuk tapi pengalaman saya, siapa pun anda, pastikan anda menjadi seorang manusia di jalan raya. Jangan cuba ambil kesempatan pada kereta yang bertampal P..Jangan salah sangka kadang-kala pemilik nye memang seorang yang PRO.

Khamis, 23 Julai 2009

Meje bersepah (Clean or messy doesn't matter. Effective does.)

MEJA MACAM TONGKANG PECAH

Setiap hari, terlalu banyak maklumat untuk anda, bermacam-macam surat-surat, laporan-laporan dan mungkin juga memo daripada bos anda, bertimbun memenuhi meja anda. Kerja yang terlalu banyak mungkin juga akan menyebabkan anda terlupa untuk mengemas meja anda. Itu belum lagi di tambah dengan PC anda yang macam zon perang, banyak sgt barang.

Masalahnya sekarang bukan sebab meja anda yang bersepah, tapi takut2 kalau ada kemungkinan ada barangan anda yang penting akan hilang. Kadang-kadang xhilang kemana tapi mungkin barang2 penting ni terimbus di dalam timbunan barangan yg bersepah dia atas meja anda. Masalah remeh temeh seperti ini yang akan menyebabkan kerja2 anda terganggu.

Cuba bayangkan tiba-tiba bos anda memerlukan laporan yang penting, sedangkan anda sebenarnya tidak menyediakan laporan tersebut di sebabkan anda terlepas pandang memo yg di berikan..Salah siapa sekarang? Salah anda atau salah meja yang bersepah? Tidak2 pasal ada pula yang menangis kena marah dgn bos.

Tips untuk mengatasi meja bersepah

1. memo penting
letak pada tempat yang mudah untuk dilihat.

2. buku-buku, nota
susun setiap kali lepas di gunakan. Jangan ajar diri anda untuk "sebentar lagi baru simpan". Ini lah satu punca masalah, semuanya sebentar lagi pun boleh. Kalau sudah terlupa, setiap hari satu buku, alamatnya memang penuhlah meja anda dgn benda macam ini.

3. mug dan botol2 air.
bersihkan setiap kali anda selesai menggunakan. Jangan biarkan botol2 air atau mug yg dah bkulat atas meja anda. Lain kali minum sahaja di cafe, ada yang akan tolong angkatkan dan basuh pinggan cawan anda.


Isnin, 20 Julai 2009

belajar untuk berdiri..


Belajar untuk berdiri.

Cuba fikirkan apa yang perlu anda lakukan ketika anda bersendirian, bangun dari tidur, melihat diri sendiri seolah-seolah kerdil. Bangun, katakan pada diri sendiri anda mencintai diri sendiri. Menangis, habiskan saki-baki tangisan anda, sekurang-kurangnya anda akan mencari sedikit kekuatan dalam setiap tangisan anda. Apa yang berlaku pada saya semalam, menjadikan diri saya rasa saya perlukan sedikit perubahan. Mungkin sedikit perubahan, mungkin ke arah kebaikan. Perkataan redha sering kali saya gunakan, tanpa memahami apa maksud redha, apa maksud mesti di sertai dengan doa dan usaha, rasanya masih tidak cukup. Siapa pun pemilik hati saya sekarang, dia pasti kena terima keadaan saya, diri saya dan perubahan saya. Wajib.. Tiada jalan patah balik, hakiki yang saya kena belajar bermula hari ini. Terima atau tidak dia pada diri ini, terserah. Yakin takdir tuhan..

Berbalik pada anda, yang masih mencari, merasakan diri ini belum lengkap, merasakan diri anda perlukan perubahan, jangan meragui apa yang diperkatakan oleh sang hati, mungkin kadangkala kita perlu menyatukan dua perkara, hati dan minda. Kalau hanya mengikut kata-kata sang hati, mungkin boleh membawa ke jalan mati yang tiada penghujung. Sang minda pula, akan mengatur setiap langkah yang pasti akan mengelak kita dari kecundang. Tapi peringatan untuk anda, andai satu ketika anda terjatuh, bingkas bangun. Katakan pada diri anda perlukan kekuatan, bisikkan pada sang hati, jangan kau mati, kuatkan hatimu.

Buat catatan sama ada pada diari atau buku 555 , apa yang perlu anda lakukan untuk miliki sebuah perubahan. Tapi pastikan anda berubah kearah kebaikan untuk diri anda, orang sekililing anda. Jangan risau kalau target anda terlalu tinggi, sekurang-kurangnya anda mencuba untuk berubah. Saya berdoa semoga anda bejaya dalam perubahan, doakan saya para sahabat, semoga saya mampu berubah.

Jumaat, 10 Julai 2009

aku dah rasa..

Terlalu besar ujian n dugaan aku utk akhir2 ini..Aku rindu kamu..aku rindu kamu..Kalau kamu tahu aku amat memerlukan kamu tika ini..tapi siapa aku..Aku kusut..Aku benci begini..Aku mahu bertemu dgn kamu..Aku mahu janji kamu..Aku xnak kamu tahu aku masih belum bisa melepaskan kamu..tapi siapa aku..Ya Allah berikan lah kebahagian utk dia, aku sanggup bkorban utk kamu..Itu janji aku..Aku bahagia kalau kamu bahagia..Apa yang aku rasa pada kamu, mungkinkah aku terlanjur mencintai kamu dr teman biasa..Aku kuat, aku xmahu kamu tahu aku lemah..Aku xmahu kamu rasa bersalah..Aku sayang kamu..Dia yang terbaik untuk kamu..Maafkan aku kerana xpernah putus sayang kamu..Aku perempuan biasa yang mengingin kamu untuk menjadikan hubungan kita luar biasa..Aku mahu bangun, jatuh bersama kamu..Aku mahu kamu tahu aku ikhlas pada kamu..tapi aku xbisa..aku xmahu kamu serba salah..Aku tahu kamu pasti pilih dia kerana dia pilihan ibu kamu..

Rabu, 8 Julai 2009

aku

Lu pk la sendiri!!!

Aku peduli apa dengan siapa pun, dah cukup entry luka lara, duka, sayang, cinta..sampai masa aku dah malas nak jiwang-jiwang..Takdir Tuhan hanya Dia yang tahu..Aku sebagai hambanya wajib bersyukur dan redha, bukan tiap masa kita akan menang, kadang kala kita akan tersungkur.. Aku pasti menang, Insya’Allah..doakan aku wahai sahabatku..Pasal that guy yang dah buang aku, aku peduli apa, aku ada maruah, bukan tiap masa aku akan lemah, cukup terpulang pada dia nak kawan ke x, aku peduli apa..Tapi aku tetap anggap dia kawan, sebab aku bukan BINATANG xde perasaan.. Dia nak hidup macam mana pun, lantaklah.. Dia sedap2 bahagia, aku nak merana, sorry bro, I’m not that type of lady.. Menangis tu kekuatan untuk aku, aku pasti akan tersenyum..Kalau dia baca entry ni, aku nak dia tahu, aku xkan sama dengan perempuan yang dia kenal..aku redha dalam apa jua keadaan n aku akan tetap berusaha untuk ubah nasib aku..BAHAGIA..Aku memang dah bahagia..

Aku dah balik seksyen 11,

Terima Kasih Tuhan, kerana masih memberi aku kasih sayang, yang pastinya ikhlas.. Semalam aku dah balik duduk dengan mak ngah aku, balik kerja, pergi kuliah.. Penat, hehe tapi bila balik ada kids yg cute2 sambut, rasa bahagia sangat..aina + icha.. Hampir 2bln tinggal umah sewa, xjumpa this kids, aina dah telus bila bcakap.. Aku rasa macam nak geget pipi dia bila dengar dia ckp mcm telus, pelat ckit je..Aku memang suka kids, selalunya cepat mesra.. Aku pasti xsunyi, ok je kut..

Demam + Lewat dtg kerja,

Lately kejap demam, kejap pening..Maybe letih kut.. Aku akan terjaga setiap malam, 2-3kali.. Huhu..biasa mesti ada dalam berapa bulan, bila sihat, mesti aku akan demam punya.. Dah biasa.. Makan ubat, pergi klinik, malas lah aku takut doctor marah sebab aku dah 2kali xpergi appoiment doctor, aku sendiri istiharkan aku sihat..So aku sihat lah..Gila kan aku..

Selasa, 7 Julai 2009

aku bangkit..

salam kasih,
Aku semakin percaya takdir tuhan.mungkin aku di lahirkan dengan jiwa yang terlalu sensitif..(kadang kala xdinafikan aku mudah menangis bila menonton drama di TV). Jiwa aku yang mudah sensitif ini juga mungkin sesuatu kekuatan untuk aku. Aku mudah bangkit apabila aku rebah, aku mudah bersemangat di kala berduka dan aku juga seorang yang agak aktif pada dasar zahiriah tapi agak lembut barangkali pada sifat dalaman diriku. Aku bersyukur pada tuhan menjadikan aku seorang perempuan yang bersifat begini. Biar aku serba kekurangan tapi aku pastikan akan melakukan yang terbaik untuk diriku. Biar mereka bilang aku lemah, tapi aku tahu mana kekuatan untuk aku.

Ya Allah,
Aku sujud pada mu, Tuhan..Bantu lah aku, bukakan hatiku. Temukan aku dalam pencarian, andai ini dugaan untuk aku, aku pasti redha..Ya Allah bawalah segala kedukaan aku jauh dariku, berikan aku senyuman untuk aku ukirkan pada semua, keluargaku, sahabatku, saudaraku.. Jangan sampai mereka tahu, aku memendam duka. Terutama ibuku, aku amat mencintai keluargaku. bantulah aku dalam setiap pencarianku..

Isnin, 6 Julai 2009

Untuk Kamu (Mohd Rizwan Abdul Rahim)

jangan kau sakiti hati aku,
di kala aku sedang bermimpi,
di kala aku berusaha memiliki hatimu,
di kala aku sedang memberi senyuman untukmu,
bahagia aku,
tapi hanya seketika,
mengharap kita kan bersama menjadi sahabat..
berdoa kebahagian kamu dalam setiap solatku..
Ya Allah berikan dia bahagia..
Kalau kau takdirkan bukan untukku,
Aku pasti mendoakan dia bahagia..
Ya Allah kau titipkan hidayahMu,
buat aku, buat dia..
Kau bukakan hatinya untuk insan lain..
Bukan aku, Aku redha Ya Allah...
Aku percaya janji mu..
Aku akan terus redha..
Jiwa aku terseksa..
Tapi aku pasti bangkit semula..
Aku pasti..
Jiwa aku kental kerana aku,
Siti Nur Lily Fahida..
Ya Allah bawa dia pergi dari ingatan ku,
hatiku,
Tuhan kau kebalkan hati aku kali ini,
Aku menangis lagi pagi ini..
Aku xmahu menangis, aku nak kekuatan..

Khamis, 2 Julai 2009

perasaan yg sukar di bendung...

salam,
haha..aku pun xpasti apa sebenarnya yang aku rasa..cemburu..bukan cemburu buta, sekadar rasa iri hati..ahh..pedulikan apa yg aku rasa, sabar je la..biar lah, tahan je sikit..lagi pun kena la sedar diri di mana tempat aku..siapa diri aku...


Aku untuk dia

Aku mencari siapa dia..
Aku andaikan aku tiada di hatinya..
Aku andaikan aku perlu pergi darinya..
Aku andaikan biarlah aku merahsiakan tindakan aku seterusnya...
Aku takut kalau terus begini,
Aku juga merana,
Ya Allah bawa dia pergi,
Andaikan bukan dia yang kau utuskan untukku..
Tapi jauh dari sudut hatiku,
Aku mahu dia untuk ku,
Tapi aku bukan tamak,
Tidak mahu aku pentingkan hatiku sendiri..
Biar aku terluka,tapi bukan dia..
Ya Allah aku mahu membahagiakan dirinya,
Sebelum aku pergi..
Ya Allah berikan aku kesempatan kali ini..
Aku mahu hatinya terbuka untuk gadis lain,
Biarpun bukan aku,
Biarpun diriku hanya persinggahan..
Biarpun aku perlu berkorban..
Aku percaya takdirmu Tuhan..
Mungkin akhirnya kemenangan milik aku..
Aku tidak pasti,
Tapi aku yakin takdirmu Tuhan..

p/s: this poem is 4 someone that i really care, aku pasti hanya membahagiakan kamu biarpun kita hanya sekadar teman..