Khamis, 20 Ogos 2009

Salam Kasih,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

p/s:please maafkan saya sekiranya berlaku keterlanjuran kata2, ketergopohan perlakuan..semoga kita semua selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yg diberkati di dalam redha Ilahi..Salam sayang dari SITI NUR LILY FAHIDA BT BARAHIM.

Rabu, 19 Ogos 2009

sakit...sakit..



Salam kasih,

Aku rasa pedih hati aku..tapi mungkin keterbiasaan terluka,hati aku jadi tegar, dan jangan terkejut hati aku sekeras batu kini, aku xperlukan siapa, maaf kepada "dia"..aku xbisa menjadi permaisuri kamu, maafkan aku, aku belum bersedia menjadi tunangan kamu..andainya "dia" baca bingkisan hati aku, maafkan aku, hubungan kita terlalu muda..Aku tahu, kau menyayangi aku..Tapi hati aku xtertulis untuk kamu..Hati aku milik dia, insan yang xtahu kapan akan ketemu, tapi hati aku hanya dia..Semalam terjaga aku disebabka, terasa perit bibir aku, kering, demam yang agak panas, nafas yang xtelus, aku terasa aku perlu istikharah, mahu terima lamaran kamu @ x..maaf aku aku xpasti tapi aku bukan melihat kamu, aku nampak lelaki yg xjelas wajahnya..Maaf aku tau agak terlewat, memberi jawapan ini, selepas aku n kamu bertemu family kamu, ibu kamu bersungguh utk kita bertunangan..maaf aku bukan untuk kamu..aku xpantas menjadi umi untuk anak2 kamu..tapi ketahui lah hujung minggu lalu, aku terasa aku pura2 bahagia..mahu aku katakan aku mahu kau segera hantar aku pulang tapi aku takut kamu terluka..Ya Allah andai kamu ciptakan dia untuk aku, seribu tahun pasti akan bertemu, tapi kalau bukan temukan dia dengan isteri yg solehah..Ya Allah, andai ini satu lagi dugaan untuk menguji aku, aku redha, aku xkan putus menanti dia.. tapi aku xrasa kau akan baca nukilan ini, sbb kamu sendiri xtau kewujudan blog ini..aku xmahu cinta lepas kawen, sbb aku takut..

Isnin, 10 Ogos 2009

Andai itu suratan kita.

Entry ini untuk insan yg istimewa utk aku, terima kasih menjadi kawan untuk aku, terima kasih kerana masih meletakkan aku dalam kamus hidup kamu,biarpun kita hanya teman biasa,tapi aku rasa bahagia sekali..ruang untuk aku dan kamu di pisahkan oleh jarak, aku dan kamu dipisahkan oleh jarak, tapi aku dapat rasakan kehangatan kamu..Ketahuilah jika mereka yang lain, tidak tahu menghargai kamu, aku masih utuh di sini bersama kamu..

Aku rindukan tawa kamu, biarpun aku dan kamu berbeza, aku kasar sedangkan kamu lemah lembut, tapi aku rasa kita punya rasa cinta yang sama..kita punya sifat yang sama, mungkin ini yang menjadikan aku semakin memahami kamu..

Aku sedikit kecewa, terlalu banyak pengkhabaran yang kurang enak untuk aku hari ini, tapi khabar diri kamu akan pergi jauh meninggalkan bumi malaysia,khabar yang betul2 menyentak jantung sanubariku..ku bisikkan pada angin, aku belum puas mengenali kamu..kamu istimewa untuk aku..ku bisikkan pada angin sampaikan salam rindu aku untuk kamu..

Teman,
Andai kita akan terpisah oleh lautan yang luas, gunung yg bergunung ganang, hutan yang menebal, kau tetap berada di sini, di dalam ingatan ku, di dalam hati ku..kasih n sayang aku masih segar merah untuk kamu..Aku tadahkan tangan aku, ku pohon semoga tuhan memakbulkan permintaan kamu..

Jangan risau,
Aku tetap aku, macam mana jua keadaan aku, diri ini masih punya hati yg sama, yang satu dlm berjuta..Mungkin ketika kamu pulang, aku bukan berada di posisi yang sama, mungkin aku jua seperti kamu sedang berjuang untuk kehidupan..doakan aku temanku..Moga kita sama2 mngecap impian..Salam kasih untuk kamu...???

boring bila dengar @tengok..

Ni post kedua aku hari isnin..

Aku dah bosan bila dengar dari mana or tgk org ym or chat dgn kita "dari mana tu?""dekat mana tu"..Ketahui lah aku dah semakin muak dengan soalan2 sebegitu, aku sudah mula bosan untuk kenal dgn orang bermula dari itu.. Maaf buat masa ini, aku rasa aku xperlukan kenalan baru, kerana terasa diri aku xdiperlukan oleh sesiapa..Aku sendiri perlu mengenali diri aku, keinginan aku..Tiada lagi ruang tambahan untuk jejaka2 yang baru nak berkenalan dgn aku, kerana aku sudah muak dengan diri kalian..buat masa ini, aku perlu bersendiri, aku cuma perlukan sahabat2 teman yang sudah mengenali aku @ sedang mengenali aku..Maaf mungkin aku sudah terbiasa terluka dgn sifat2 teman2 baru menjadikan aku menghindari untuk mengenali orang baru..Buat masa ini, ruang itu hanya utk seseorang..bila akan di isi..biar tuhan tentukan..

Marriage Proposal



Salam Kasih,

"Satu hari, mungkin pagi ke ptg ke mlm ke, tiba2 anda menerima lamaran dari seseorang yang anda dambakan, apa pandangan anda??" Kat sini saya nak bagi tips untuk anda sang lelaki, cara-cara nak lamar seorang perempuan, how to propose ur girl friend..

Bayangkan jika hubungan anda adalah hubungan cinta PJJ..Percintaan Jarak Jauh..Macam mana nak melamar ni...Hehe..sebenarnya kalau anda rasa diri anda benar2 ikhlas terhadap dia, xperlu risau, lamaran melalui sms or call pun dah ok..dia pasti rasa bahagia biar pun lamaran anda sebegitu rupa..sebenarnya kami kaum perempuan tak la kisah sangat mcm mana cara anda melamar..semuanya akan menjadi kenangan terindah buat si dia..kerana dia menerima anda seadanya diri anda.


Apa kata anda buat kejutan untuk si dia..Jangan bagi tau anda ingin datang, tapi make sure dia x kemana pada hari tersebut. Buat la apa2 alasan, kebetulan lalu ke ape ke..xkan itupun nak saya ajar..hehehe..Datang rumah dia dan memadai membawa sejambak bunga(lagi best kalau ada cincin tapi mati lah kalau cincin anda beli xmuat, yela saiz dia besar gajah anda beli cincin saiz semut, mana nak muat.), ajak dia keluar makan ke apa ke, bawak ke tempat yg agak romantik. Dan mulakan lamaran anda..Sweet kan??Kalau dia terkedu, tertunduk malu, jangan gelabah..biasalah gadis melayu mesti ada sifat malu..Kalau dia tertunduk malu sambil tersenyum, comfirm la dia setuju..

Ok lah xbanyak pun tips..tapi insya'Allah betul apa yang saya katakan saya seorang perempuan, pasti jiwa saya sama dengan dia..ok Salam bertemu lagi..

Khamis, 6 Ogos 2009

PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat
sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi Kor Agama Angkatan
Tentera (KAGAT), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

SYARAT KELAYAKAN
1. Umur (Pada 1 Dec 2009):
a. Calon Graduan Senarai Tugas Am : Tidak melebihi 27 tahun.
b. Calon Graduan Senarai Tugas Ikhtisas : Tidak melebihi 30 tahun.
2. Fizikal:
a. Tinggi minimum: 1.57m (Lelaki)/ 1.47m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 40.5 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 17.9 hingga 26.9.
3. Jantina:
a. Lelaki. Untuk semua jawatan dalam Senarai Tugas Am dan Senarai Tugas Ikhtisas.
b. Wanita. Untuk jawatan Senarai Tugas Am dan Senarai Tugas Ikhtisas.
(1) Calon-calon Senarai Tugas Am terhad kepada yang berkelayakan di bawah:
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
- Diploma Sains Komputer.
- Diploma Kejuteraan Elektrikal/Elektronik.
- Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat.
- Diploma Pengurusan Sumber Manusia.
(2) Calon-calon Senarai Tugas Ikhtisas terhad kepada yang berkelayakan Ijazah Sarjana
Muda (Kepujian) Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin sahaja.
4. Taraf Kesihatan: Bagi mereka yang berkaca mata, keupayaan maksimum penglihatan tanpa kaca
mata ialah 6/12. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai
Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kerja TATADEMOT (DKT) : ’Forward Everywhere’ (FE).
5. Kelayakan Akademik:
a. S yarat Am : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam
jurusan yang berkaitan. Calon-calon juga perlu lulus SPM /SPMV atau kelayakan setaraf
dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan), Matematik dan Bahasa Inggeris.
b. Jurusan yang diperlukan (TLDM dan TUDM sahaja) :
(1) Senarai Tugas Am.
(a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang berikut:
- Sains Komputer
- Kejuteraan Elektrikal
- Kejuteraan Elektronik
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Sumber Manusia
- Kejuteraan Kimia
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Logistik
- Perakauanan
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal
- Perhubungan Awam/Multimedia
- Pengurusan Perkhidmatan Makanan/Hotel
- Undang-Undang
- Senibina
- Senibina Kapal
- Kejuteraan Merin
(b) Diploma dalam bidang-bidang berikut:
- Sains Komputer
- Kejuteraan Elektrikal
- Kejuteraan Elektronik
- Pengurusan Teknologi Maklumat
- Pengurusan Sumber Manusia
(2) Tugas Ikhtisas/Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) dalam bidang - Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin.
6. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah atau Diploma
dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan
salinan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA - www.jpa.gov.my

Permohonan boleh dibuat dengan malayari terus melalui laman web: www.jobsmalaysia.gov.my.
atau
Permohonan boleh dibuat adalah dengan menghantar salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
a. Salinan Ijazah/Diploma.
b. Salinan Sijil SPM atau setaraf.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Kad Pengenalan.
e. Salinan Sijil Kokurikulum. (tertinggi sahaja).
f. Salinan Pengesahan Pengikhtirafan JPA (sekiranya berkaitan).
g. Profil Peribadi/Resume Termasuk Nombor Talipon Terkini.
h. Sampul Surat Berukuran 20sm x 28sm, Bersetem RM 1 dan Beralamat Sendiri.
(Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda sama ada Tentera Darat
Malaysia, Tentera Laut Diraja
Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia).
i. Sila bawa dokumen-dokumen asal semasa melapur di pusat pemilihan yang akan
dimaklumkan kemudian.


CARA PERMOHONAN
11. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)
atau

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen –dokumen seperti di atas.

UNTUK PERTANYAAN :
Talian: 03-20714524, 03-20714526, 03-20712387, 03-20712391
Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
No Faks: 03-26985340 ,0326986235
Email: ctk.mtk@mod.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan: 9 OGOS 2009

Maklumat Penting:
Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon
yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan.
Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran temuduga dan ujian pemilihan DUA (2)
MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.